BANNER 5S MTS
Monday, 1 December 2014
Wednesday, 20 August 2014
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
EKSA adalah singkatan daripada “Ekosistem Kondusif Sektor Awam”. Ringkasnya
ia adalah satu penjenamaan semula kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum ini
oleh agensi-sgensi kerajaan yang memperoleh sijil amalan daripada pihak MAMPU
(Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia). Tujuaan
diperkenalkan EKSA supaya dapat meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi
dengan berimejkan korporat disamping mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti.
Pada tahun 2010, MAMPU telah
mempersijilkan amalan 5S ke atas beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan dan
tempoh sah laku sijil tersebut selama 2 tahun. Bagi merealisasikan dan
memantapkan lagi suasasana tempat kerja yang kondusif berdasarkan amalan 5S,
penjenamaan semula dilakukan dengan acuan sendiri dan tidak lagi menggunapakai
nama 5S (Seiri-Seiton-Seiso-Seiketsu-Shitsuke), sebaliknya amalan 5S telah
dimasukkan sebagai sebahagian komponen dalam pelaksanaan EKSA ini.
Antara tujuan penjenaaan semula nama 5S Sektor
Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih
korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian
agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.
Faedah-faedah penjanamaan semula ini adalah seperti berikut
:-
- Mewujudkan persekitaran
tempat kerja berkualiti;
- Meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan organisasi;
- Mengenalpasti, mengurangkan
dan menghapuskan pembaziran;
- Meningkatkan semangat
‘esprit de corp’;
- Meningkatkan displin warga
agensi/jabatan, dan
- Meningkatkan mutu
penyampaian perkhidmatan.
SELAMAT DATANG KE BLOG MAHKAMAH TINGGI SYARIAH ZON SAPPHIRE
Laman blogspot Mahkamah Tinggi Syariah Perak
Laman blogspot Mahkamah Tinggi Syariah Perak
Subscribe to:
Posts (Atom)