UNTUK MAKLUMAT
INFORMASI / HEBAHAN
LOGO 5S
JABATAN KEHAKIMAN
SYARIAH PERAK
1.
REKA
BENTUK ASAS
1.1 Bentuk
Kubah Masjid
Melambangkan
ciri-ciri keislaman yang diamalkan terutamanya oleh Institusi Agama seperti
Jabatan kehakiman Syariah Perak
1.2 Tulisan
Besar 5S Yang Gah
Sebagai tanda kesungguhan dan semangat semua kakitangan dalam
melaksanakan amalan 5S
1.3 Jata
Negeri Perak Darul Ridzuan
melambangkani tanda taat setia dan kesungguhan dalam menjalankan
tugas.
Semangat kecintaan kepada negeri menjadi fokus utama dalam
sebarang tindak tanduk kakitangan bagi menjayakan 5S ini.
2. PEMILIHAN WARNA (KOMBINASI WARNA
PUTIH KUNING HITAM MERAH DAN BIRU)
2.1 Warna
Putih, Kuning Dan Hitam
mewakili warna negeri Perak
2.2 Warna
Merah Putih Kuning Dan Biru
diaspirasikan dari warna Jalur Gemilang sebagai lambang
penonjolan pelaksanaan 5S ini bukan setakat untuk negeri Perak sahaja tetapi
juga kepada seluruh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri dalam Negara
Malaysia.
3.
CIRI-CIRI ISTIMEWA
3.1 Bentuk
Bunga Raya
•
lambang
kecantikan dan ketulusan hati pengamalnya.
•
melambangkan
keindahan yang bakal terhasil apabila amalan 5S dapat dipraktikkan di Jabatan
ini.
•
menggambarkan
Jiwa Malaysia juga dapat dijelmakan kerana bunga raya adalah merupakan
bunga kebangsaan.
•
bersesuaian
dengan kempen menanam bunga raya di pejabat seperti pekeliling yang
dikeluarkan oleh YB Setiausaha Kerajaan
Negeri Perak baru-baru ini.
3.2 Akronim
5S iaitu,
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal
Dizahirkan agar semua kakitangan dapat menghayati nilai 5S
tersebut dengan berkesan sekali setelah memahami maksud 5S secara langsung
apabila melihat logo ini.
PERSEKITARAN
KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF
1.
Takrif perkataan;
1.1.Persekitaran - Halaman, sekeliling atau suasana sesuatu tempat.
1.2.Kondusif - Selesa, tenang, tenteram dan harmoni.
1.3.Inovasi - Perihal sesuatu teknologi bagi menghasilkan output.
1.4.Produktif - Perihal sesuatu hasil yang lumayan dan maksimum.
2.
Huraian moto.
2.1 5S adalah suatu amalan yang
dibudayakan dalam sesebuah organisasi bagi menghasilkan persekitaran yang
selesa dan tenteram.
2.2 Apabila wujud suasana tenteram dalam
dalam sesebuah organisasi maka produktiviti outputnya akan bertambah dan
berkualiti
No comments:
Post a Comment